NILAI, 12 MEI: Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air, petang tadi.
LAHAD DATU, 6 MEI: Sembilan individu berjaya diselamatkan manakala enam lagi rakan mereka masih hilang selepas berlaku kejadian kepala air di sungai kawasan Lembah Maksina, Makuau, Tungku dekat sini malam tadi.
KUCHING, 12 APRIL: Lelaki maut manakala seorang lagi masih hilang dalam insiden kepala air di air terjun Kampung Sebat, Sematan, kira-kira 100 kilometer dari bandar raya ini petang tadi.
KUALA LUMPUR, 31 MAC: Niat sepasang suami isteri dan tiga anak mereka untuk menjala ikan di sebatang sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan dekat sini petang tadi berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada anak pasangan itu lemas manakala si ibu dan seorang lagi anaknya masih hilang.
SIBU, 13 FEB: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan orang awam yang ingin mengadakan aktiviti riadah di tebing sungai agar sentiasa berwaspada dan peka kepada perubahan air sungai di sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.
KAPIT, 12 FEB: Sembilan keluarga dari Bintulu yang sedang berkhemah dan bermalam di Sungai Yong, Jalan Bukit Goram, kira-kira 20 kilometer dari Kapit berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian fenomena kepala air malam tadi.
TAPAH, 8 FEB: Jenazah tiga beradik yang terbabit dalam tragedi kepala air di Sungai Kenjur, dekat Kampung Poh Bidor selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada kira-kira 6.20 petang di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor di sini, hari ini.
IPOH, 7 FEB: Seorang wanita ditemukan lemas manakala empat lagi masih hilang dalam kejadian kepala air di Kampung Poh dekat Bidor hari ini.
Oleh NAS NORZIELA NASBAH SHAH ALAM, 7 DIS: Orang ramai yang berkunjung ke kawasan air terjun di Hulu Langat pada musim Monsun Timur Laut dinasihatkan menjaga keselamatan diri bagi mengelak ancaman kepala air. Ahli Dewan Negeri Dusun Tua berkata setakat ini hanya pusat rekreasi Air Terjun...
ALOR SETAR, 9 NOV: Orang ramai yang mengunjungi mana-mana pusat rekreasi atau pelancongan di negeri ini dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan cuaca bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini terutama pada musim hujan.
IPOH, 29 OKT: Orang ramai khususnya di negeri ini dinasihatkan agar berhati-hati terhadap aktiviti yang melibatkan ancaman kepala air susulan negara kini memasuki musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.
KUALA TERENGGANU, 11 JULAI: Sebuah beg sandang jenama Gregory berisi wang dan dokumen penting dipercayai milik Karim Abdullah, 39, mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman ditemukan pasukan pencarian, semalam.
MARANG, 8 JULAI: Sebanyak 39 lokasi rekreasi air terjun dan sungai di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berlakunya fenomena kepala air susulan kejadian terbaru mengorbankan 10 orang di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, minggu lalu.
CHUKAI, 7 JULAI: Shahrizal Saliman, 40, abang kepada Muhammad Fikri Saliman, 24, mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, di sini tidak dapat menahan sebak apabila dikhabarkan mayat adik bongsunya itu berjaya ditemukan hari ini.
CHUKAI, 7 JULAI: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih minggu lepas di sini, terus komited untuk mengesan dua lagi mangsa dengan masih memfokus pencarian di Sektor A dan Sektor B, hari ini.
CHUKAI, 6 JULAI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih yang masuk hari kelima hari ini diteruskan pada 9 pagi tadi.
KUALA TERENGGANU, 5 JULAI: Jenazah mangsa kelapan tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, telah dihantar pulang ke Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan pada jam 8.10 malam ini.
YAN, 5 JULAI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah mengenal pasti 38 lokasi kawasan rekreasi dan sungai di 10 daerah di negeri ini berisiko berlaku kejadian kepala air serta banjir lumpur.
CHUKAI, 5 JULAI: Penggunaan teknologi dron pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih di sini, membantu memudahkan pasukan pencarian mengesan dua lagi mangsa yang belum dijumpai.
KUANTAN, 5 JULAI: Ahli keluarga mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu bersyukur apabila tanggungjawab menyempurnakan urusan pengebumian dapat diselesaikan malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.